assalamualaikum sahabat2 kesayanganku..moga kalian berada dalam keadaan sehat walafiat dan sentiasa dcucuri rahmat allah yg tidak terhingga...
SAHABATKU SAYANG...
sengaja sy menulis hari ini kerana perasaan rindu yang membuak terhadap kalian semua..perasaan rindu terhadap ikatan dan keeratan ukhuwah kita,yang sy rasa semakin pudar dan renggang dari hari ke sehari.
SAHABATKU YANG SANGAT AKU CINTAI...
maafkan sy sekiranya ada kekhilafan dalam percakapan dan kelakuan selama kita bersahabat.seribu kemaafan sy pohon..
AKHOWAT KU SAYANG...
jujur sy katakan disini,sy dh mula rasa kelainan dalam perhubungan kita.(ceh2,mcm bercnta palk..hehe..gurau je).sy rase kita semakin renggang.tidak macam dulu lg..antara kita berlima,sudah ada batasnya,sudah ada tembok di antara kita semua.entah apa yang menjadi tembok tersebut pun sy xtau.
SAHABATKU...
tahukah kalian yg sy sgt rindukan saat2 kita mula berkenalan dulu..saat2 kegembiraan kita dulu.ke mana sahaja,kita dikenali dgn sentiasa berlima.ke mana2 shj,inilah kita..berlima..baju pun kita dh prepare sama.jelas terpancar keakraban dn kekuatan kasih sayang kita ketika itu,terpancar kegembiraan diantara kita.sy sungguh gembira ketika itu.tp syg,mengapa semua itu sudah berubah?mengapa kita mesti brjauhan?
SAHABAT HABIBATI...
sesungguhnya,sy tidak sanggup untuk kehilangan kalian.sy sudah merasai kehilangan sahabat seperjuangan dulu,shbt2 sy dlm alam.sy tidak sanggup lagi utk hilang sahabat2 yg sy sgt sayangi dan cintai semata2 kerana Allah.
SAHABATKU KEKASIHKU..
harapan sy,agar kita dpt kembali seperti dulu.wlupun kita dah berlainan bilik,sy harap hubungan di antara kita berlima tidak akan berubah dan akan terus erat.insyaallah.
SAHABATKU...
sampai disini sahaja coretan sy..sy menulis kerana sy sayang pada kalian semua..sesungguhnya rasa sayang itu xdapat digambarkn dgn kata2..maafkn sekiranya ada kekhilafan dalam penulisan sy ini..sy hanya hamba allah yg hina dan xlepas dari membuat kesilapan..
terima kasih..:)
Comments
Post a Comment