Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Orang perempuan bila dah jadi isteri........

 Assalamualaikum korang. Haiii..  Baru-baru ni Hana ada terbaca tentang tugas-tugas perempuan sebagai isteri. Dr. Fatin Liyana tulis. Salah satu blogger yang Hana suke sebab relevan content nya dengan masyarakat sekarang. :)      Mesti pernah baca @ dengar kan, tugas isteri tu sebenarnya macam mana..  Credit : gambar dari google Credit : gambar dari google      Nah! Mesti ramai pernah baca, dan ramai yang setuju. Lagi-lagi wanita zaman moden sekarang ni. Dengan kerja, tugas di rumah lagi. Penat sebenarnya. Tak kerja, duduk rumah jaga anak pun penat, apatah lagi ditambah dengan kerja kan.      Hana sebelum kahwin dulu pun macam suka giler bila sebut pasal tugas suami dan isteri tu apa. And ini adalah antara salah satu soalan wajib yang Hana akan tanyakan pada siapa-siapa je yang nak jadi bakal suamiku. heheh 😄      Jujur Hana cakap eh, Hana memang obses dengan statement tugas isteri bukan masak membasuh mengemas...

Salam MaulidurRasul

 12 Rabiulawal  Satu sosok tubuh yang dicintai segenap ahli penghuni dunia dan langit telah dilahirkan.  Baginda bermula sebagai seorang anak yatim yang tidak punya apa-apa.  Baginda membesar menjadi seorang manusia hebat yang terkenal sepanjang masa , dengan izin Allah.  Baginda menjadi satu-satunya manusia yang dicintai segenap umat walau tidak pernah bersua.  Kerana baginda juga sentiasa mencintai umatnya walau tidak pernah bertatap muka.  Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya .  Rasulullah,  Maafkan kami kerana kami leka mencintai yang lain lebih daripadamu.  Maafkan kami kerana kami alpa mengikut sunnahmu.  Maafkan kami kerana kami lalai menyambung seruan dakwahmu.  Rasulullah,  Rindunya hati ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata Rindunya hati ini tidak dapat dizahirkan dalam bentuk apa sekalipun.  Sungguh kami rindu dan cinta kepadamu.  Bantulah kami Ya Rasulu...

Susahnya PJJ :(

 Assalamualaikum semua...  Semoga baik-baik semuanya. Semoga kita sentiada dilindungi Allah dari wabak penyakit yang makin teruk sekarang ni.  Macam mana life korang? Negeri yang PKPB ke PKPD ke PKPP ke semua macam mana?       Musim covid ni kan, ramai yang terkesan. Dari macam2 segi. Ekonomi, gayahidup, perhubungan semua lah. Hana pun salah satu yang terkesan jugak. Tapi more to perhubungan lah. Sebab apa tau, Hana baru kawin bulan 7 hari tu. Tapi nikah dulu la. Kenduri belum lagi, rancangnya bulan 12 ni. Masa nikah tu, kes covid pun dah slowdown, pastu ada sebab-sebab kekangannya memandangkan hana pun jauh bekerja dekat Sarawak, suami pulak kerja kat kampung. So kitorang ni kira PJJ lah lepas nikah hari tu.       Adalah juga kadang-kadang tu balik semenanjung kejap-kejap, suami datang Sarawak jumpa kejap. Macam tu lah. Tapi for now, since Sarawak pun dah tutup pintu keluar masuk, kalau masuk kena kuarantin wajib, its hurt me so mu...