12 Rabiulawal
Satu sosok tubuh yang dicintai segenap ahli penghuni dunia dan langit telah dilahirkan.
Baginda bermula sebagai seorang anak yatim yang tidak punya apa-apa.
Baginda membesar menjadi seorang manusia hebat yang terkenal sepanjang masa , dengan izin Allah.
Baginda menjadi satu-satunya manusia yang dicintai segenap umat walau tidak pernah bersua.
Kerana baginda juga sentiasa mencintai umatnya walau tidak pernah bertatap muka.
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya.
Rasulullah,
Maafkan kami kerana kami leka mencintai yang lain lebih daripadamu.
Maafkan kami kerana kami alpa mengikut sunnahmu.
Maafkan kami kerana kami lalai menyambung seruan dakwahmu.
Rasulullah,
Rindunya hati ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata
Rindunya hati ini tidak dapat dizahirkan dalam bentuk apa sekalipun.
Sungguh kami rindu dan cinta kepadamu.
Bantulah kami Ya Rasulullah,
Agar dapat sentiasa berada disampingmu kelak.



Comments
Post a Comment