Assalamualaikum korang. Haiii..
Baru-baru ni Hana ada terbaca tentang tugas-tugas perempuan sebagai isteri. Dr. Fatin Liyana tulis. Salah satu blogger yang Hana suke sebab relevan content nya dengan masyarakat sekarang. :)
Mesti pernah baca @ dengar kan, tugas isteri tu sebenarnya macam mana..
Credit : gambar dari google
Credit : gambar dari google
Nah! Mesti ramai pernah baca, dan ramai yang setuju. Lagi-lagi wanita zaman moden sekarang ni. Dengan kerja, tugas di rumah lagi. Penat sebenarnya. Tak kerja, duduk rumah jaga anak pun penat, apatah lagi ditambah dengan kerja kan.
Hana sebelum kahwin dulu pun macam suka giler bila sebut pasal tugas suami dan isteri tu apa. And ini adalah antara salah satu soalan wajib yang Hana akan tanyakan pada siapa-siapa je yang nak jadi bakal suamiku. heheh 😄
Jujur Hana cakap eh, Hana memang obses dengan statement tugas isteri bukan masak membasuh mengemas semua tu. Rasa macam satu kemenangan untuk orang perempuan. Sebab selama ni kita membesar dengan budaya isteri tu WAJIB buat semua kerja dalam rumah. Suami pulak dilayan bagaikan RAJA. And Hana sangat tak suka perkara tu.
Tapi kan, lepas kahwin, dia jadi sebaliknya. Ye, hana baru kawin, PJJ pulak tu. Janganlah kecam. Just nak share my thoughts je. Tak semua yang Hana cakap ni betul. Sikit hana share apa yang Dr FL tu share ,
credit : DR. FL
Hana rasa apa yang dikatakan ni sangat dekat dengan Hana. Bukan nak sangat pun pujian tu, tapi lebih kepada sayang. Sebelum kahwin, mindset Hana macam yang dekat atas tu. Hana taknak buat semua benda sebab xnak suami Hana nanti naik lemak and xtahu buat apa-apa. Tapi apa yang hana buat lepastu totally different tau.
Contoh kan, macam kalau lepas makan, dulu Hana macam mindset, biar suami buat sendiri, nak makan ambik, habis makan bawak g dapur basuh simpan sendiri. Tapi it turn out Hana yang buat semuanya untuk suami. Bukan di suruh, tapi rasa nak layan orang yang kita sayang dengan baik. Lagi-lagi bila PJJ ni.
Sebenarnya buat semua ni sebab untuk kepuasan diri je, untuk memori.Untuk tunjuk rasa sayang,Entah sampai bila kita akan dapat buat semua tu. Mungkin bila dah ada anak situasi akan jadi lain. Bila duduk bersama akan jadi lain. We never know kan, depends on situation. Tapi pada Hana, selagi mampu, buatlah. Bukan untuk orang lain. Lebih bagus kalau sama-sama. Give and take. Bukan sebelah pihak je yang bergerak.
Yang penting semuanya ikhlas kerana Allah. Nak jaga rumahtangga, kalau boleh sampai mati, bersama di syurga. Dan boleh tunjuk contoh teladan yang baik untuk anak-anak kelak. Sebab kita buat benda baik kan. Si suami pulak janganlah sampai ambil kesempatan, sampai jadikan isteri seolah-olah orang gaji. Kannn...
Just my 2cents, kalau nak ambil silakan, kalau rasa tak betul, its okay. Masing-masing ada pendirian dan pendapat masing-masing. Raikan.
Hana sebenarnya plan nak tulis ringkas je, tapi terpanjang pulak. Eh!. hehe. Ni pun kena stop, sebab kalau ikutkan panjang lagi. Daaa....



Comments
Post a Comment