‘BERSAHABAT
SAMPAI SYURGA’
Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan
sekalian alam.
Alhamdulillah,
dengan rahmat Allah kita masih berpeluang untuk bernafas pada hari ini.Allah
masih memberikan kita tiga nikmat yang paling besar iaitu nikmat islam,iman dan
ihsan..alhamdulillah..
Memetik
bait-bait lagu nyanyian Rossa..(jangan heran ye,sy juga mendengar lagu2 dy J )
“oh Tuhan
anugerahMu xpernah berhenti
Selalu
datang kepadaku,Tuhan semesta alam”
Ye!anugerah
Allah tak pernah berhenti selama kita hidup. Bermacam-macam nikmat yang Allah
telah beri pada kita. Jika nak dihitung, sampai bila pun tak akan habis. Antara
nikmat yang Allah kurniakan kepada kita adalah anugerah yang bernama ‘SAHABAT’.
Sahabat…sahabat
adalah orang yang paling rapat dengan kita. Orang yang sentiasa bersama kita
tidak kira susah atau senang. Orang yang sentiasa memperbaiki salah kita. Orang
yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan,kearah jalan yang Allah redhai.
Macam yang
selalu orang katakan,bercinta sampai ke syurga,ha!sama juga halnya dengan
bersahabat sampai syurga..atau pun orang sekarang ni sebut BFF,best friend
forever..hehe..ap maksudnya? Bersahabat lah hanya kerana Allah semata, saling
menyayangi hanya kerana Allah. Dan dengan bersahabat juga membawa kita kearah
jalan yang benar.
Macam mana
kita nak kenal sahabat kita?macam mana kita nak cari sahabat yang betul2
sahabat? Atau pun itu hanyalah kawan,hanya sekadar teman.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
‘seorang Mukmin itu berada diatas agama (gaya hidup dan perilaku)sahabatnya.
Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia
bersahabat’
(riwayat
al-Tirmizi dan Abu Daud)
Para
ulama,sejak zaman berzaman telah menggariskan 2 panduan umum dalam menjalinkan
persahabatan:
1- Mencari
sahabat yang berkeperibadian yang baik kerana dia akan membimbing orang lain
kejalan yang diredhai Allah
2- Elak
dari berkawan dengan orang yang berperilaku buruk kerana ia akan mengundang kpd
pelbagai masalah dan bala. Pada hari kiamat nanti mereka akan saling menyalahkn
sesama sendiri dsebabkan perbuatan buruk dan dosa yang dikerjakan bersama-sama.
Ada
beberapa panduan dalam mencari sahabat. Ha! Ilmu ni saya kutip dari majalah gen-Q..:)
1- Carilah
sahabat yang berilmu
2- Carilah
sahabat yang benci kezaliman
3- Carilah
sahabat yang tidak suka mengadu domba
4- Carilah
sahabat yang bersifat malu
5- Carilah
sahabat yang berpegang pada janji
“perumpamaan
seorang sahabat yang baik adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup besi.
Pembawa minyak wangi,sama ada dia memberikan minyak wanginya kepada kamu atau
kamu membelinya daripada dia atau kamu terkena bauan yang wangi daripadanya. Manakala
peniup besi itu,sama ada dia menyebabkan pakaianmu terbakar atau kamu mendapat
bauan yang busuk daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Moga-moga
dengan sedikit perkongsian dapat lah kita mengenali siapa sahabat kita,mencari
sahabat yang sebenar-benar sahabat dan moga kita dan sahabat menjadi sahabat
hingga ke syurga..insyaallah..


Comments
Post a Comment