Skip to main content

Susahnya PJJ :(

 Assalamualaikum semua... 

Semoga baik-baik semuanya. Semoga kita sentiada dilindungi Allah dari wabak penyakit yang makin teruk sekarang ni. 

Macam mana life korang? Negeri yang PKPB ke PKPD ke PKPP ke semua macam mana? 

    Musim covid ni kan, ramai yang terkesan. Dari macam2 segi. Ekonomi, gayahidup, perhubungan semua lah. Hana pun salah satu yang terkesan jugak. Tapi more to perhubungan lah. Sebab apa tau, Hana baru kawin bulan 7 hari tu. Tapi nikah dulu la. Kenduri belum lagi, rancangnya bulan 12 ni. Masa nikah tu, kes covid pun dah slowdown, pastu ada sebab-sebab kekangannya memandangkan hana pun jauh bekerja dekat Sarawak, suami pulak kerja kat kampung. So kitorang ni kira PJJ lah lepas nikah hari tu. 

    Adalah juga kadang-kadang tu balik semenanjung kejap-kejap, suami datang Sarawak jumpa kejap. Macam tu lah. Tapi for now, since Sarawak pun dah tutup pintu keluar masuk, kalau masuk kena kuarantin wajib, its hurt me so much. Ye datang sini sebab tanggungjawab sebagai pendidik, satu amanah, tapi the feelings bila dah kawin ni, sakit weh. So hana xboleh balik, suami pun xboleh masuk :'(. 

    Selama ni, hana tengok ramai kawan-kawan yang PJJ. Ada yang anak dah ramai pun kena berjauhan juga demi tuntutan tugas. So hana pandang diorang adalah orang yang sangat kuat mental dan fizikal. Dorang mampu berjauhan dengan hati yang cekal. Tapi kita xkan tahu yang sebenarnya sampailah kita melaluinya sendiri. 

    Bila tengok kawan-kawan kuat, bagi hana benda ni xmustahil, hana pun mampu. Sebab hana maklum memang akan lama lagi kat sini. So i thought i've prepared enough for this. Sebab fikir boleh balik even kejap, suami boleh balik sini jugak. Tapi hakikatnya hari demi hari hana rasa tak mampu. Hari-hari menangis. Rindu suami, rindu semua family dekat sana. Sekarang tak boleh balik, situasi dekat semenanjung dan sabah pulak makin teruk. Hari-hari follow perkembangan kes covid, hari-hari tengok angka yang menggerikan, hari-hari berperang dengan perasaan . Time tulis ni pun tengah menahan sebak. 

    So, susah sebenarnya PJJ ni, memang susah. Yang dah bertahun lama PJJ n masih kuat, i salute uols. Bila mental tak ok, fizikal kompem akan efek jugak. So sekarang tengah cari jalan, cari kekuatan untuk menghadapi situasi yang entah sampai bila. Selagi si covid ni masih berleluasa. Dan blogging ni salah satu cara yang hana jumpa, tapiiii it takes me years to do it , hehehhee. 

    Sesiapa yang kat luar sana, yang senasib dengan hana, remember, you're not alone. Infact ramai lagi sebenarnya, yang lebih teruk pun. Jom kita sama-sama saling menguatkan find the way out together :). 

Jangan segan silu tinggalkan sepatah dua komen, atleast kite boleh saling menguatkan. Love! Take care semua orang kat luar sana. Fi hifzillah. 





 

Rindu sangat-sangat

Comments

Popular posts from this blog

Rintihan Hati seorang PENDOSA

Ya Allah … Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang direjam Aku berlindung kepadaMu dari segala kebinasaan dunia dan hawa nafsu Hanya kepadaMu Ya Allah aku memohon perlindungan Allah Allah Allah ……… Dengarkan lah suara hatiku.. rintihan jiwaku.. asakan mindaku.. Ya Allah.. Aku pohon keampunanMu Aku pohon keampunanMu Aku pohom keampunanMu Ya Allah … Ya Allah Aku pohon padaMu Pada segala zat kekuasaanMu Campakkan lah ketenangan dalam hatiku Campakkan lah ketenangan dalam hatiku Campakkan lah ketenangan dalam hatiku Ya Allah … Ya Allah Jangan lah Kau tarik rasa itu sebelum sempat aku menikmatinya Janganlah Kau hilangkan rasa itu sebelum sempat aku mensyukurinya Ya Allah … Ya Allah Dikala seluruh alam tunduk menyembah Mu Aku antara manusia yang lupa! Lupa pada penciptaku! Angkuh! Sombong! Pada penciptaku Aku lalai ya Allah Aku khilaf ya Allah Ampu...

SAHABATKU SAYANG

assalamualaikum sahabat2 kesayanganku..moga kalian berada dalam keadaan sehat walafiat dan sentiasa dcucuri rahmat allah yg tidak terhingga... SAHABATKU SAYANG... sengaja sy menulis hari ini kerana perasaan rindu yang membuak terhadap kalian semua..perasaan rindu terhadap ikatan dan keeratan ukhuwah kita,yang sy rasa semakin pudar dan renggang dari hari ke sehari. SAHABATKU YANG SANGAT AKU CINTAI... maafkan sy sekiranya ada kekhilafan dalam percakapan dan kelakuan selama kita bersahabat.seribu kemaafan sy pohon.. AKHOWAT KU SAYANG... jujur sy katakan disini,sy dh mula rasa kelainan dalam perhubungan kita.(ceh2,mcm bercnta palk..hehe..gurau je).sy rase kita semakin renggang.tidak macam dulu lg..antara kita berlima,sudah ada batasnya,sudah ada tembok di antara kita semua.entah apa yang menjadi tembok tersebut pun sy xtau. SAHABATKU... tahukah kalian yg sy sgt rindukan saat2 kita mula berkenalan dulu..saat2 kegembiraan kita dulu.ke mana sahaja,kita dikenali dgn sentiasa berlima.ke man...
Assalamualaikum…. Dah lame rasenye xmenulis kat cnie.. bersawang2 da ni haa.. huu.. Bukan xnak jenguk rumah sy nie tapi sejak2 dah jadi wanita bekerjaya nie (chewwah…hehehe) masa tu terhad. Siang penat bekerja.. malam2 pulak tido awal.. xsempat la nak kemas2 n mengupdatekn blog nie.. huu Ha.. berckp pasal keje, ni nak cerita ckit pasal keje sy nie.. Sy keje ape ek?? Sekarang nie menggalas tanggungjawab sebagai cikgu PASTI. Cikgu budak2 kecik yg comel2 n cerdik2.  Bermulanya kerja kt pasti ar_RAIHAN Bukit Mahkota sejak bulan 7. 2minggu lps mnamatkan praktikal din senawang trus masuk kerja kt cnie. Alhamdulillah.. xde la tanam anggur lame sgt. Kerja kat cnie SERONOK sgt.. lagi pulak layan bdk2 yg comel2 n mcm2 ragam. Penat tu biasa la. Mana2 keje pon penat kan.. rakan2 sekerja pon bez2.. happening je sume. Wlupun baru kenal da rse lame n rapat..  cikgu2.. ^__^ beloved chidren ^__^ Ad masalah x kerja kt cnie?? Biasalah.. ...